Menjadi Kaya

Baru habis termenung,menginsafi diri sendiri,terasa sungguh cetek pengentahuan dan amat rendah taraf saya ni. Kenapa? Menyedari betapa miskinnya saya dalam dunia ini.

Siang tadi berborak dengan seorang kawan,dia ceritakan pengalaman nya bekerja di sebuah kedai kasut di KLCC. KLCC,lambang kemegahan Malaysia,Menara Berkembar Tertinggi di dunia.

Pernah shopping di KLCC? Hmm…saya tak pernah,sbb saya sudah biasa diceritakan betapa mahalnya harga barangan di KLCC.Takut nak masuk,sekadar berjalan-jalan di luar butik-butik tu je….

Berbalik pada cerita kawan saya td, menurut beliau harga kasut yang paling murah di kedainya ialah RM200,hampir sama banyak dengan perbelanjaan saya sebagai seorang pelajar,tp saya bukan nak bercerita tentang harga kasutnya yang cukup mahal (bagi saya la,bg orang lain saya tak tahu..:P),tetapi mari kita dengar cerita tentang pembeli kasut tersebut.

Menurut kawan saya yang bekerja selama 3 bulan di kedai tersebut,
“Sepanjang aku keje kat situ,tak ada seorang pun customer yang datang beli kasut,tengok dulu harga sebelum beli kasut tu”
Saya boldkan perkataan tu,kata-kata tu buat saya berfikir,pernah ke saya buat macam tu?

Anda pernah?

Mungkin anda pernah tp tidak saya. Kehebatan orang kaya ialah mereka mempunyai kuasa beli yang besar,sehingga tak perlu tahu harga untuk membeli sesuatu. Hebat bukan? Jadi bagaimana mahu jadi kaya?

Berusaha.

Perkataan paling tepat saya rasa.

Tujuan post saya ni bukan nak merasa cemburu dengan kuasa beli orang kaya,Cuma sekadar untuk berkongsi cerita, yang saya rasa dapat dijadikan sumber inspirasi untuk kita semua,sebagai pembakar semangat untuk kita berusaha untuk kaya.

Best wooo dapat shopping mengikut kehendak hati nieh.

2 Responses to “Menjadi Kaya”

  1. Bestnya kalau ada kuasa belikan..kita nk beli apa pun dah tk perlu fikir..tak yah nak risau pasal tk ada duit…..errm bila tu

  2. btul lin,kalo nak membeli kne ade duit,kalo nak duit kne cari duit,persoalannya camane nak cari duit? heeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: